Trip to Johor

Wednesday, March 2, 2011


Rasanya agak lama sudah aku x mencoretkan apa yang berlaku dalam hidup aku atau lebih kurang diari kehidupanku. Asyik2 aku dok cerita pasal politik yg entah apa2.. So aku nak mengambil kesempatan kali ini untuk berkongsi apa pengalaman dan kisah yang aku lalui semenjak dua ni.


Dua minggu yg lepas, buat pertama kalinya selepas aku pulang, aku telah berkesempatan untuk keluar dari negeri Kelantan menuju ke negeri Johor Darul Takzim iaitu kampung sebelah ayahku. Tujuan aku berangkat ke Johor adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di sana. Bukan satu orang aku pergi sana, tapi satu keluarga kami ke sana menaiki kereta yang sangat panjang iaitu keretapi.Kalau korang nak tahu, itu adalah kali kedua aku menaiki keretapi sepanjang hayat 24 tahun aku hidup. First time aku naik adalah ketika aku sekolah tahun 6. Itupun kerana ikut rombongan sekolah.hehehe.

Menyambung story . . pengalaman naik keretapi ke Johor memang menguji kesabaran. Mana tidaknya, bayangkan la 14 jam lebih ko dalam keretapi tu. Biarpun aku ambil 'seat' katil tapi jenuh jga la baring selama perjalanan tu. Balik2 aku bangun, tapi tak juga sampai2. Bila dah sampai tu, macam satu kepuasan yang teramat sangat kerna sudah terlepas dari 'penderitaan'.hahaha. Itulah kisahnya menaiki keretapi. Korang cuba la naik kalau tak pernah lagi. 


Kami sampai hari Jumaat. Majlis pernikahan adalah keesokan harinya iaitu hari Sabtu manakala Ahad adalah hari persandingan. Kupikirkan sekali je majlis, rupanya asing2 la pla. Akad nikah dilakukan di rumah pengantin perempuan (sepupu aku la tu) dan majlis persandingan pula diadakan secara meriah di dewan (entah apa la nama dewan tu.hehe.). Ramai juga la yang hadir ke majlis tak terkecuali kawan baikku Irwan yang kebetulan berada di sana. Aku ni jarang sikit balik kampung di Johor, so banyak la rupa saudara yang aku tak kenal dan tak cam.hehehe. Majlis hari tu turut diserikan dengan kehadiran pelawak, penyanyi dan pelakon iaitu Uncle Jalil Hamid yang turut secara spontan mendendangkan lagu termasuklah lagu popularnya iaitu 'Ayam' (itupun pun kena paksa...nasib baik la saudara-mara juga...hahaha).



Begitulah percutian ringkasku di Johor dan keesokan harinya kami sekeluarga pulang dengan sekali lagi menaiki keretapi...Arrrghh TIDAKKK!!!....

0 comments: