Belum terlambat rasanya aku nak ucapkan TAHNIAH buat seluruh barisan kepimpinan pelajar atau lebih popular sebagai Majlis perwakilan pelajar (MPP) yang telah berjaya memenangi pilihanraya kampus di seluruh negara terutamanya kepada rakan2 dan adik2 di UiTM Sabah. (adik kunun..hehehe).
Pilihanraya kali ini agak panas ya apabila kita dapat menyaksikan peristiwa rusuhan pelajar di UPM, ugutan di UM dan tak lupa juga kes misteri kehilangan calon selama 30 jam yang sampai sekarang bilang blur xtau cmna dia boleh hilang..Masalah juga tu...
Macam sengal pun ada jg cerita2 dan isu2 mcm ni yang jika dilihat sengaja mencari publisiti politik murahan. Tapi entah la, hanya mereka yang terlibat mengetahui cerita sebenar akan kenapa mereka bertindak demikian.. bagi aku dan orang lain yang melihat dari luar, hanya mampu mengungkapkan...Alangkah biulnya mahasiswa kita. Study entah ke mana, politik bagai nak rak.
Macam sengal pun ada jg cerita2 dan isu2 mcm ni yang jika dilihat sengaja mencari publisiti politik murahan. Tapi entah la, hanya mereka yang terlibat mengetahui cerita sebenar akan kenapa mereka bertindak demikian.. bagi aku dan orang lain yang melihat dari luar, hanya mampu mengungkapkan...Alangkah biulnya mahasiswa kita. Study entah ke mana, politik bagai nak rak.
Aku sutuju dengan pendapat Awang Selamat dalam ruangan UTUSAN edisi 27/02/2011 yang antara lain menulis:
"Ketika ramai pelajar bukan Melayu menumpukan perhatian kepada pengajian, pelajar Melayu lebih ghairah berpolitik. Emosi lebih menguasai mereka. Sudahlah ramai pelajar Melayu sekadar sederhana dalam prestasi akademik, malas membaca, lemah pengetahuan am dan kurang keyakinan diri, ia diburukkan lagi dengan sentimen berpolitik ala samseng. Seorang pemimpin pelajar Cina di UKM turut membantah akhlak yang diperlihatkan oleh golongan pelajar Melayu yang bersikap biadap dan melanggar peraturan universiti. Awang setuju. Gedung ilmu jangan dijadikan medan melahirkan samseng politik. Adakalanya Awang terfikir, apakah mereka ini layak berada di universiti. Jika itulah sikapnya, beri sahaja peluang kepada puluhan ribu pelajar yang sememangnya mahu melanjutkan pengajian di universiti awam tetapi tidak mendapat tempat".
Nasib la UiTM yang menjadi kebanggaan aku ni tidak mengamalkan politik bodoh mahasiswa. Biarpun orang menuduh UiTM tidak demokratik, aku tetap bangga menyasikan lahirnya ramai anak bangsa aku yang berjaya hasil didikan UiTM tanpa menidakkan jiwa dan naluri politik mereka. tetap juga diorang peka dengan politik tapi kami berpolitik menggunakan akal yang 'celik' dan bukan akal yang 'semangat ja lebih'.
Apa2 pun bagi yang terpilih sebagai pemimpin pelajar, jadilah MPP yang bisa mewakili suara hati pelajar dan mampu memberi sumbangan kepada universiti, bangsa dan negara. Janganlah menjadi MPP yang Mengejar Populariti Personal dan di akhir kuasa nanti menjadi mereka yang menanggung dosa akibat bodoh menggunakan kuasa.
Sekali lagi TAHNIAH buat semua MPP !!!
1 comments:
wow............ agree!!!! mcm u dulu kan jomo???
Post a Comment