Politik Sepanjang Masa

Friday, January 7, 2011



TAK HABIS-HABIS !!! Itulah keluhan orang ramai berkenaan politik di Malaysia ni. Asal tengok berita atau baca paper, mesti soal politik mendominasi. Tak kira la akhbar pro-kerajaan ka, pro-pembakang ke, bebas atau berkecuali, semua sama sahaja. Sampai kan rakyat pun pening tak tahu nak percaya pada siapa. Masing2 dengan ideologi masing dan kuat mempertahankan apa yang mereka percaya walaupun salah. Itulah realiti Malaysia masa kini.

Sebenarnya aku dah x tahu nak tulis pasal apa, so terpaksa la dalam entry kali ni aku mengarut mengenai politik yang sedia karut.hehe.. Biasanya politi ni hebat bilamana pilihan raya jer, tapi yang belaku kini lain pula. Bertahun-tahun selepas pilihan raya pun, politik asyik dimanipulasi. Bukan la x boleh berpolitik selepas pilihan raya, tapi kalau dah memanjang berpolitik, bila agenda negara dan kebajikan rakya nak mengambil tempat.? Nasib baik la kerajaan hari ini x melayan sangat pihak yang satu lagi tu. Kalau tidak, matilah kita sebagai rakyat ni.

Nak salahkan pembangkang pun x boleh juga...sebab dah tugas diorang untuk membangkang. Polisi mereka, BANGKANG...betul atau salah, belakang cerita. Yang penting, pembangkang perlu membangkang.hahaha. Maklum la kan, diorang bukan kerajaan, bukan diorang nak pikir pasal rakyat pun. Bila dah dapat kerajaan baru pikir apa nak buat. Sekarang adalah masa untuk tabur janji. Lantak la terlaksana ke tidak nanti. Yang menyokong bukan cerdik pun. Janji manis sikit, terus termakan. Tunjuk alim, pakai jubah dan serban..terus umat Melayu patuh dan sokong 'perjuangan'.

Sekarang di Malaysia, semua akan jadi isu. Isu harga barang naik, harga minyak naik, kes pembunuhan, pelantikan jawatan, malah bencana alam pun boleh jadi modal untuk berpolitik. Ahli politik kita memang pintar sebab diorang mampu memanipulasi segala isu untuk dijadikan modal politik. Dan sekarang, sesiapa pun akan diheret ke kancah politik. RAJA-RAJA MELAYU pun diorang mahu heret ke politik. Sampai ke tahap tu sekali. Haiyyaa.... Apa nak jadi diorang ni semua..

Yang ahli politik tu lantak p la kan. Yang kita sebagai rakyat ni pula, x boleh ke cerdik dan pintar sikit menganalisa setiap maklumat yang diterima. Orang tak berpelajaran, x yah cerita la sebab mereka jarang sikit berfikir pasal ni. Janji diorang untung, ahli politik tu bagus. TAPI yang menjengkelkan adalah mereka yang kononnya golongan terpelajar. Belajar tinggi2 tapi fikiran sama je ngan orang x berpelajaran yang dok lepak mengumpat di kedai kopi. Aku ni x la pandai sangat tapi x la juga bodoh sangat sehingga tidak nampak kebenaran di sebalik penipuan dan pembohongan. Cubalah kaji dulu menggunakan ilmu yang ada.  Kalau tidak nanti last sekali, kita juga yang nampak bodoh ~

0 comments: