1. Facebook dan Twiiter muncul di saat kita perlukan medium untuk menjalin dan mengekalkan hubungan menggantikan Yahoo Messenger. Setiap, waktu dan setiap ketika, kita menghadap Facebook dan Twitter x kira di mana. Di rumah, dalam kereta, di pejabat dan di mana sahaja kita mampu akses kemudahan ini. Namun, jika kita ada masa untuk menghadap benda2 ni, fikirkanlah juga yang kita suatu hari nanti akan menghadap ILAHI. Pada masa itu, kita tidak disoal berapa banyak post yang telah kita tulis dan Malaikat tidak pula bertanya berapa ramai friends kita di FB dan Twitter.
2. Ada kalanya kita di hadapan skrin mengakses FB dan twitter selama berjam-jam lamanya.Kita lakukan dengan senang hati dan tak kisah masa dibazirkan. Jika kita mampu bazirkan masa untuk perkara sebegitu, mengapa kita sukar untuk 'mencuri' masa bagi menunaikan kewajipan 5 waktu kita? Bukan 1 jam satu rakaat yang diminta, cukuplah sekadar 5 minit satu waktu untuk sujud pada Pencipta Alam. Tapi sedih bila mengenangkan yang kita lebih rela menghadap pencipta FB dan twitter berbanding Tuhan yang menciptakan kita.
3. Menjadi seorang blogger bukannya mudah. Menulis cerita yang ditatap juga orang lain memerlukan idea. Idea pula lahir daripada ilham dan ilham itu tidak selalunya datang dengan mudah. Ada kalanya kita perlu berfikir panjang dan merenung lama bagi menaip satu ayat. Memang hebat bergelar blogger tapi mengapa kita yang punya masa untuk berfikir mencari idea menulis blog, tidak dapat meluangkan masa untuk berfikir dan merenungi kebesaran ALLAH. NikmatNYA ke atas kita bukan sedikit, tapi mengapa kita jarang ada masa untuk berfikir kehebatan ALLAH.
4. Hidup sebagai remaja dan anak muda sememangnya seronok bila mampu bergembira dan menghabiskan masa bersama kawan2. Kita bermain bersama, makan bersama, tidur bersama..pendek kata semua yang kita lakukan, kita ingin bersama kawan2. Tapi mengapa jika masuk waktu solat, tidak pula kita berjemaah bersama. Masing2 pandai pula mengeluarkan perkataan 'privacy'.
5. Jiwa kita selalu mahukan kebebasan. Pantang ada kudrat dan kenderaan, pedal minyak ditekan ke mana sahaja hati mau pergi. Kita sanggup ke konsert yang sejam jauhnya perjalanan.. Kita juga sanggup pergi ke kedai makan yang jauh dari rumah bagi mendapatkan yang terbaik. Ke mana sahaja, kita sanggup menapak walaupun jauh. Tapi mengapa tidak kita gunakan kudrat yang ada itu untuk melangkah ke masjid? Tanya pada diri kita, berapa kalikah pernah kita berjemaah di masjid dalam masa 5 tahun ini (tolak solat terawih, solat jumaat dan solat semasa dlm program universiti). Mungkin ada yang bilang banyak kali.. Tapi persoalannya ramaikah yang begitu?
6. Peminat novel masa kini bukan lagi tertakluk kepada kaum Hawa, tapi kaum Adam juga sudah pandai menatap novel. Baguslah bila melihat anak2 muda kita sudah mahu membaca. Novel yang tebal mampu dihabiskan dalam masa kurang seminggu. WOW hebatnya.. aku kagum.!! Tetapi mengapa Al-Quran yang mengandungi 30 juz itu tidak pula kita buka dan baca. Al-Quran yang tersusun di bilik hanya sekadar untuk hiasan dan kadang2 sahaja diguna untuk 'halau' hantu. Al-Quran itu mukjizat paling agung, tapi kita pula memandang sepi kehebatannya..
7. Kita telah diajar oleh cikgu2 dan lecturer2 English bahawa andai ada yang kita tidak faham akan maknanya, maka rujuklah kamus... Jadi mengapa tidak aplikasikan dalam mempelajari Al-Quran... Bukalah tafsir untuk lebih memahami isi Al-Quran. Andai disuruh nyatakan makna ayat2 dlm surah Al-Fatihah, berapa ramai antara kita mampu memberikan maknanya dengan betul dan sempurna?
8. Aku tidak mengata sesiapa. Ini hanyalah peringatan untuk kita bersama sebab .... aku juga begitu... ~
0 comments:
Post a Comment