Drama Drama Drama ~

Tuesday, January 18, 2011

Bosan dan boring . . . tiada apa yang boleh aku buat sejak tamat belajar ni. So, hari2 aku dihabiskan dengan menonton siaran televisyen. Ada dua jenis favourite aku sebagai tontonan masa lapang...satu ialah kisah penuh drama dan satu lagi drama bercorakkan siasatan jenayah. Untuk warkah kali ini, aku nak kongsi tentang kisah yang penuh drama.... Ada 2 cerita yang aku suka tengok iaitu 'Stairway to Heaven' (Korea) & 'Tiramisu'  (Malaysia)


Stairway to Heaven (NTV7)


Pada mulanya aku tak tengok cerita ni, malas aku nak layan drama Korea ni sebab aku lebih suka drama Jepun..hehe ~ So, mengapa aku boleh tertengok pla cerita ni? Ni semua gara2 si Shasha la yang ajar aku tengok . .(Shasha ialah pemilik blog Star Of the Heart).. So aku tengok la juga sambil2 hilangkan kebosanan hidup. Kisahnya seperti biasa la..percintaan bersegi-segi.haha.. Bila lama2 layan drama ni, eh best pula aku tengok. Sejak tu, aku akan pastikan diriku terpaku di hadapan tv bilamana drama itu disiarkan. Sekarang pun dah nak habis cerita ni. Dekat2 nak habis ni, sedih pula ceritanya sebab heroin dia berpenyakit kronik. Menitis juga la air mata aku tengok cerita ni..hahahaha ~

Tiramisu (TV3)


Cerita ni pun best juga. Lain daripada drama 'klise' Malaysia. Aku tengok cerita ni pun sebab aku memang kagum dengan penerbit drama ini iaitu KHABIR BHATIA. Kalau korang belum tengok, rajin2kan la mata tu untuk tengok. Tapi bagi pelajar kolej yang xder tv kat kolej, dengar je la melalui radio..wakaka ~ OK la...sebab ia masih baru, so aku xtaw sgt perjalanan cerita nie, tapi yang aku taw ialah ia melibatkan cinta bersegi-segi juga la. Tampak 'klise' tapi cara penyampaian drama ini macam bersahaja dan pelakon2nya pun berlakon dengan selamba. Itu yang membuatkan drama ini lebih menarik dan anda sebagai penontan pasti tertarik...

Aku tinggalkan dulu dengan dua drama tu untuk korang.. Nanti aku cerita pula siri penyiasatan yang menjadi favourite aku dan mengapa korang perlu tengokDRAMA DRAMA DRAMA . . .

0 comments: