Di Sebalik INDUKSI

Thursday, January 13, 2011

Kalau dihitung sejak bermulanya semester Disember-Mei 2011, sudah 2 minggu rasanya mahasiswa kembali menjalani kehidupan kampus. Kalau dahulunya PART 1, kini sudah PART 2 dan jika sebelum ni PART 5, maka masuk ini adalah PART 6. Tak kisah la korang PART 2 ka, PARTICIPANT ka...apa ka.. yang pasti korang sudah pernah melalui kehidupan kampus sebelum ni...tidak seperti adik2 korang yang baru menginjakkan kaki ke alam universiti. Diorang mungkin masih terbawa-bawa perangai budak2 sekolah. DAN mungkin juga mereka sudah matang dan bersedia untuk menjalani kehidupan kampus yang penuh pancaroba...


Bila disebut pasal mahasiswa baru, pasti meniti di bibir mahasiswa senior perkataan FRESHIE. Dan sebagai freshie, kedudukan mereka sebenarnya dalam bahaya. Almaklum la senior yang kununnya maha senior nie akan cuba 'menunjukkan' kepada freshie erti kehidupan kampus yang sebenar. Berbalik kepada pokok pangkal, sebenarnya aku nak kongsikan pada kali ini ialah SALAHKAH RAGGING ??? Haha.. Soalan bonus... Memang la salah ragging tapi tidak salah INDUKSI..... yaani satu proses di mana mahasiswa2 baru ni didedahkan dengan persekitaran sebenar dalam menempuh kehidupan sebagai warga kampus yang akan berada selama 3 tahun paling kurang di kampus tersebut.

Berdasarkan pengetahuan aku dan pemahaman aku la kan,  induksi itu salah bilamana melibatkan ancaman secara fizikal atau melibatkan perlakuan yang x munasabah sebagai seorang insan yang beragama. NAMUN terdapat juga proses induksi yang mana... ia btul2 menekankan proses suai kenal antara junior dan senior yang dipercayai dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka tanpa menggunakan ancaman fizikal mahupun perlakuan x munasabah seperti yang aku nyatakan sebentar tadi. Adakah itu juga salah??... Aku andaikan ia salah memandangkan pihak pengurusan telah mengharamkan segala bentuk induksi di kalangan mahasiswa. ATAU larangan ini sekadar untuk 'melepaskan batuk di tangga' dan tindakan diambil semata-mata ingin menyelamatkan pihak2 yang berkepentingan. ??
Mengambil sebagai contoh perlakuan yang telah diharamkan... Salah satunya adalah tindakan meminta freshie mengambil tandatangan para senior mereka. TUJUANNYA adalah agar freshie itu mengenali senior mereka dan ini akan memudahkan mereka memohon pertolongan di kemudian hari selain daripada mengelakkan freshie ini 'kurang ajar' atau 'temberang' sama senior mereka sendiri. Benda ini jelas berkesan dan membantu mereka berdasarkan kata2 seorang pengurus di sebuah syarikat yang mengakui langkah tersebut amat berguna dalam pencarian kerjaya kerana kenalan di sesebuah syarikat akan dapat membantu..apatah lagi senior sendiri. Bayangkan jika freshie tadi kurang mengenali senior mereka..pada siapa dia ingin mohon pertolongan nanti?

Selain itu, terdapat beberapa program yang memerlukan latihan lasak. Oleh itu, pembulian secara lasak juga berguna sebenarnya, Biarpun jika dilihat, ia memeritkan, namun latihan seperti itu akan membantu mereka nanti. Kita ambil contoh program perladangan. Pelajar perladangan perlu 'kebal' dan yang penting 'tahan maki' kerana kerja di ladang amat mencabar. Cuba bayangkan kalau mereka ini dimanjakan oleh pihak pengurusan, nescaya graduan yang terhasil nanti hanyalah sia2 kerana tidak mampu tahan cabaran dalam kerjaya. Ada kalanya mahasiswa terpaksa di'ragging' sebagai latihan untuk hidup di alam kerjaya. Namun jika semua bentuk 'induksi' diharamkan.... kita takut, kualiti graduan yang terhasil tidak seperti yang diharapkan. 

AKu sedar yang zaman berubah dan mahasiswa perlu lebih bertamadun. Itu aku setuju. Yang aku sanggah adalah mengapa kita perlu sekat perkara yang telah terbukti berjaya dan mencuba pendekatan yang xsesuai dan akhirnya merugikan mahasiswa itu sendiri. Aku juga tidak setuju apabila ada senior yang mengambil kesempatan menggunakan kekerasan dan memaksa freshie melakukan perkara yang x sepatutnya. Tapi aku juga tidak setuju bilamana proses induksi ini diharamkan sama sekali. Tak salah buang yang buruk, tapi tinggalkan la juga yang baik. jangan buang semuanya....

Aku x kisah jika pengurusan mahu haramkan 'ragging', tapi aku kesal bila freshie mula kurang ajar dan tiada langsung sikap hormat terhadap senior mereka serta mula 'tunjuk perangai'. Aku menulis bukan sakadar ikut sedap kepala otak aku jer... TERBUKTI apabila pengurusan mula berlembut dengan freshie sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat peningkatan kes salah laku yang mendadak oleh freshie2. Zaman kini, bukan lagi senior yang buat hal, tapi kini adalah zaman freshie mencetus fenomena yang tidak sihat. Sebut sahaja kes2 mutakhir seperti mabuk, main mercun, menghina dan lain-lain, semuanya dilakukan oleh freshie. ADAKAH INI YANG PENGURUSAN MAHU LIHAT? Dan apabila tak terkawal, mulalah jari dituding ke arah senior khususnya PART 6 dan juga Peers Mentor yang didakwa gagal dalam 'mengasuh' freshie2 yang kununnya masih lagi dalam lonjakan kejutan budaya.. PERRGHH ~


Dulu kita tidak mendengar sangat kes2 oleh freshie sebab INDUKSI yang dilaksanakan berjaya mendidik mereka dan mengajar mereka erti penghormatan yang akhirnya melahirkan mahasiswa yang berkarisma dan mampu menjadi pelapis kepimpinan pelajar. NAMUN semua itu dipandang sinis 'orang atas'... ENtah kenapa.... Sekali lagi ingin aku nyatakan... aku tak menentang sebarang pengharaman 'ragging' dan 'induksi'... TAPI aku menentang sebarang bentuk tindakan yang melahirkan MAHASISWA KURANG AJAR ~

So sekarang.... APA YANG BETUL? APA YANG SALAH ?

RESPECT IN ORDER TO BE RESPECTED 

0 comments: