"Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(An-Nisa’:100)
Hijrah dari segi bahasanya bermaksud perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun kita perlu faham daripada konsepnya yang tidak tercakup kepada hijrah tempat semata-mata, malah lebih daripada itu....iaitu penghijrahan hati kita. Bukanlah pemindahan hati maksud aku tapi perubahan sifat dan perangai kita sebagai hamba ALLAH. Perubahan dari kejahatan kepada kebaikan. Perubahan dari kehidupan dosa kepada kehidupan yang diredhai ALLAH... Cuba kita renungkan dalam diri masing2, adakah kita bersedia untuk berhijrah?. Hijrah perlukan pengorbanan dan bukannya setakat cakap2 sahaja. Ramai yang memasang niat dan impian sempena tahun baru ini tapi cuba kita tanya diri kita, sudahkan niat yang kita pasang dulu tercapai atau niat kita itu sekadar retorik sambutan Maal Hijrah semata-mata. Ye la kan, orang lain pasang niat, kita pun pasang niat. Macam orang tulis blog la..orang tulis, kita pun nak tulis... tapi tulisan kita penuh dengan merapu dan kadang2 kosong semata-mata.
Jika sebelum ini kita masih terkial-kial mencari jalan, cubalah mulakan dengan tahun 1432H ini sebagai platform permulaan kita untuk meneruskan hidup yang lebih bermakna. Jadikanlah tahun baru ini sebagai tahun kita mecipta kegemilangan yang belum pernah kita capai. Ambillah iktibar dari zaman lampau supaya dapat menjadi penyuluh di masa hadapan.
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
(Al-Maidah :15)
- SALAM MAAL HIJRAH 1432H -
0 comments:
Post a Comment