Undilah Saya !!

Wednesday, February 16, 2011


"Undilah saya dan saya akan buat yang terbaik"

Kata2 dia atas adalah ayat yang aku guna semasa rapat umum pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 4 tahun lepas. Dengan hanya berbekalkan ayat tersebut, dengan izin ALLAH SWT, aku menang dan menjadi MPP. Bukan aku nak bangga tapi, bila ingtkan orang lain yang cakap berkobar-kobar, tapi xdak jg menang..agak aneh ya . . hehehe.

Tiap tahun MPP bertukar ganti dan kredibiliti sentiasa menjadi persoalan. Mungkin yang memegang gelaran MPP merasakan mereka yang terbaik tapi bagi pelajar yang lain, mereka adalah MPP yang teruk. Mungkinkah syok sendiri?? atau memang itu yang terbaik mampu diorang lakukan.

Kini pilihanraya kampus kembali dan masing2 membuat perhitungan individu mana yang patut dinakikkan sebagai wakil pelajar. Sesiapa pun layak menjadi MPP sebab semuanya atas diri sendiri. Mereka yang tentukan kemampuan diri mereka. Kita yang mengundi hanya mampu mengharapkan yang terbaik.

Kuasa itu kata orang adalah rasuah paling besar dan aku setuju. Orang juga cakap yang kuasa itu pendampingnya adalah SYAITAN. Sama ada kita berjaya menundukkan syaitan dengan kuasa yang ada atau kita ditundukkan oleh syaitan juga melalui kuasa yang kita ada. Paling penting ialah mesti ada 'INTEGRITI' . .

SELAMAT MENGUNDI dan harap anda TAK MENYESAL !!!

2 comments:

Didie Budak Nakal said...

sy layak jadi calon ka ?? hahahahahaha

Putera AG said...

layak bha ko