Khurafat

Saturday, January 15, 2011

'KHURAFAT' merupakan filem seram yang paling 'latest' la di Malaysia ni kiranya dan merupakan filem seram pertama terbitan SKOP PRODUCTION milik Datuk Yusof Haslam. Kali ini, filem ini telah di diarahkan oleh anaknya, Faizal Yusof iaitu pemenang anugerah Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia & Anugerah Skrin. Baiklah, yang sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal filem ni tapi coretan kali ni ada kaitan juga la sebab aku nak berkongsi pandangan mengenai benda2 khurafat ni.

Jika dikaji dan dilihat, masyarakat Malaysia amnya dan orang Melayu khususnya suka sangat percaya benda2 ni. Tak heran la, banyak filem genre seram mendapat perhatian kaki2 wayang. Bermula dengan 'Jangan Pandang Belakang', 'Congkak' dan 'Santau'..semuanya memperoleh kutipan pecah panggung BOX OFFICE di Malaysia. So, berdasarkan pengamatan ni, aku percaya yang korang percaya bahawa kita memang mudah 'termakan' dengan filem2 hantu ni. Patut la budak2 sekarang makin takutkan kegelapan sebab banyak sangat terpengaruh ngn citer2 macam ni.

Sedar atau tidak, situasi takutkan hantu ini boleh mencetuskan kepercayaan khurafat di kalangan umat Islam. Memang benar yang kita wajib percaya kepada benda2 ghaib, tapi kita x disuruh pun percaya pada hantu... Timbul pula persoalan, "Hantu kan benda ghaib".... Biar aku jelaskan kekeliruan ye. Benda ghaib yang dimaksudkan dalam Al-Quran ialah benda2 yang kita tidak nampak tapi kewujudannya sememangnya ada seperti syurga dan neraka serta hari kiamat. Jadi, kalau kita nampak hantu tu, bukan benda ghaib la tu maknanya. 

Firman ALLAH:

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

(Al-Baqarah: Ayat 2-3)

Syaitan dan jin hidup dalam alam yang berlainan dengan manusia... Sebab itu la kita tidak nampak syaitan dan jin TAPI mereka boleh nampak kita dengan izin ALLAH. Oleh kerana kerjaya syaitan ni adalah mengganggu manusia, maka digunakanlah pelbagai cara agar manusia ini tidak lagi memohon kepada ALLAH. Bertitik tolak daripada itu, maka manusia ini memujalah syaitan dan jin yang jahat bagi meminta pertolongan. Melalui 'bantuan' geng2 yang dilaknat oleh ALLAH ini, maka dapatlah manusia melakukan sihir dan santau, termasuklah menghantar 'hantu' bagi mengganggu manusia lain.

Bagaimana pula dengan jelmaan roh2 orang yang telah mati? Yang tu aku belom tanya lagi roh2 tu macam mana diorang boleh muncul..hahaha. Tetapi mengikut pemahaman aku la kan, jelmaan2 roh ni sebenarnya mainan syaitan dan jin yang sengaja menjelmakan diri mereka sebagai 'hantu' untuk menggugat keimanan manusia. Tujuannya adalah satu iaitu supaya manusia takutkan mereka walhal kita hanya perlu takutkan ALLAH dan kita kena yakin dan percaya bahawa kuasa ALLAH itu mengatasi segala-galanya..

Sebenarnya kita semua ni tau kebenaran bahawa ALLAH itu maha berkuasa atas segala yang berlaku, cuma persekitaran kita yang membuatkan kita membesar dengan takut kepada hantu. Almaklum la kan, tym kecik2 kita selalu diancam dengan perkataan 'hantu' oleh ibu bapa kita supaya kita tidak nakal2. Macam mana tak takut biarpun dah besar panjang. Tambah2 lagi dengan pelambakan cerita2 hantu baik di layar perak mahupun di layar skrin. Kita selalu dimomokkan dengan kisah2 hantu yang menakutkan dan mengganggu manusia di kala malam datang bertandang dengan wajah yang buruk. 

Sebenarnya kita takut hantu sebab muka diorang ni buruk kan?? Cuba kita jumpa hantu yang cantik, confirm x takut, siap minta number phone hantu tu lagi..hahaha... Kita takut pocong sebab dia berbungkus macam mayat...cuba la pocong tu datang mcam drakula orang putih pakai smart2..kan hensem tu...kita pun xder la nak lari sangat kan bila jumpa.wakaka... Nasib la hantu x baca blog aku, kalau tidak, mati aku kena belasah sebab menguluk diorang...hehehe.


Apa2 pun, takutlah hantu berpada-pada dan jangan sampai jadi khurafat. Jangan sampai kita lupa bahawa ALLAH itu maha berkuasa atas setiap yang terjadi. Kalau kita terjumpa hantu sekalipun. itu adalah dengan izin-NYA dan kita kena percaya bahawa hantu (x kisah la dari golongan syaitan atau jin) itu tidak dapat mengapa-apakan manusia selagi mana manusia berpegang dengan tali ALLAH SWT.

0 comments: