Kenali PEERs

Wednesday, January 12, 2011



Kisah aku untuk kali ini adalah mengenai pemilik logo di atas. Tak semua taw kan sejarah penubuhan PEERs di UiTM Sabah ni atau nama penuhnya BADAN PEER KAUNSELOR. So, aku ingin imbas balik permulaan dan apa yang berlaku sehingga ia bertukar nama. Nama asal kelab pelajar ni ialah Kelab Peers yang tertubuh sejak.....sejak bila ek?hehe. Sejak lebih 4 tahun lalu la lebih kurang. Asalsilah penubuhan kelab ini adalah untuk mengumpulkan Peers Mentor (orang yang mengurus MMS/MDS) agar diorang ni ada kerja nak buat selepas tamat MMS. Sebab ada pihak2 yang menyuarakan suara sumbang mereka bahawa Peers Mentor (PM) ni tak patut diberi kolej sebab tugas mereka hanya tym MMS sahaja.
Maklum la kan, sudah diberi elaun RM 150...so xyah la bg kolej..buat semak je..kononnye la. Maka disebabkan suara sumbang tersebut, Cik Nor Hayat yaani kaunselor di UiTM Sabah yang bertanggungjawab terhadap PM2 nie dan disokong pula oleh saudara YDP & NYDP MPP kami tym tu, maka tertubuh la Kelab Peers dengan mengangkat saudara ANNEF  (x-MPP) sebagai Mr. Presiden pertamanya.

Bertitik tolak daripada itu, bermulalah tugas PM selepas MMS dengan fokusnya membantu freshie untuk menjalani kehidupan di kampus selama 1 sem. Segala tingkah laku yang baik mahupun buruk oleh freshie2 ini akan ditanggung oleh PM dengan kolej sebagai pertukaran. So, inilah peluang sesetengah pihak untuk melepaskan tanggungjawab terhadap freshie2 kepada PM2 mereka. Nak taknak, PM terpaksa la tanggung sebab itulah perjanjiannya. Tapi itu bukan persoalannya kerana PM adalah mereka yang terpilih dan mereka amat dedikasi dan bertanggungjawab...itu dulu la.. Lemparkan sahaja persoalan kepada freshie yang kini sudah pun grad, nescaya mereka amat menghormati dan mengkagumi serta bangga mempunyai PM seperti yang ada dulu. Sekarang ni, Tuhan saja yang tahu....

Setelah satu sem berlalu, akibat masalah 'teknikal', kepimpinan Kelab Peers mula beralih tangan kepada saudara YUSRAFIE. Keahlian kelab sering berubah kerana ia adalah penyertaan berasaskan PM MMS. Siapa yang jadi PM, dia secara automatik menjadi ahli Kelab Peers. Ini sedikt menimbulkan kekacauan sebab apabila PM lama tidak terpilih, biarpun dia masih lagi ahli kelab,  mereka enggan lagi aktif dalam kelab. Nak harapkan yang baru, agak sukar untuk melatih dalam masa singkat.. So terpaksa la mengharapkan orang lama yang setia berkhidmat. Nasib la ketika itu masih lagi ramai yang setia berkhidmat. Sekarang, entah la macam mana.hehehe

Hari ke hari, Kelab Peers makin kuat dan popular. Lantaran itu, ada yang mula rasa kepanasan, bimbangkan kebangkitan Kelab Peers yang pada suatu ketika mengalahkan kepimpinan utama pelajar. Tak nak la aku sebutkan  zaman mana yang xdak ngam dengan PM kan..hahaha. Owh ya, aku lupa sebutkan bahawa penubuhan Kelab Peers ini juga adalah untuk membantu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada masa itu. Dan apabila ada pihak yang dengan sedar atau tidak telah menubuhkan satu jawatankuasa yang lain utnuk mengambil alih peranan Kelab Peers, maka ahli terpaksa mengambil keputusan untuk bercerai talak 1 dengan pihak tersebut....Walaupun bercerai, kelab masih tetap membantu pihak berkenaan jika diminta demi kebaikan UiTM secara keseluruhan. Kita kena profesional kan . . hahaha ~

Saat terus berlalu dan zaman terus beredar. Apabila saudara Yusrafie menjalani latihan praktikal, jawatan Presiden telah ditinggalkan dan digalas pula oleh saudara AFFANDI. Peranan PM masih seperti biasa dan apabila satu demi satu 'orang penting' kelab telah grad dan terpaksa meninggalkan kelab, Kelab Peers sedikit goyah dengan masalah dalaman. Mujurlah Affandi dan bersama 'ahli setia' kelab dapat bertahan. Ok la daripada runtuh terus empayar kan. Masalah yang timbul pun disebabkan beberapa pihak yang mula campur tangan. Maklum la kan, mentang2 la 'prebet' je yang tinggal, mulalah nak serang. Tapi tahniah kepada yang masih setia biarpun hebat dilanda ribut dalaman.hahaha ~

Apabila luka mula sembuh, terkena pula penyakit baru. Jika sebelum ni, majoriti PM aku dapat rasakan aura pemilihan mereka adalah kerana sememangnya mereka layak dan mereka ingin menyumbang kepada UiTM. Namun sejak setahun dua ni, aku rasakan yang PM sekarang hanyalah mengejar populariti dan tak kurang juga yang inginkan kolej. Tiada lagi semangat mereka untuk menyumbang kepada kelab, apatah lagi berkhidmat semata-mata demi UiTM. Mana xdaknya, PM yang ingin memimpin adik2 mereka pun sama sahaja... Dalam MMS/MDS mungkin mereka bersemangat dan tertonjollah gaya kepimpinan, namun realitinya tidak begitu. Tak ubah seperti RAJA DRAMA yang hanya berlakon hebat di hadapan namun perwatakan hebatnya hancur berkecai di belakang. PM2 sekarang, cuba tanya pada diri anda, Adakah anda benar2 layak untuk memimpin freshie?... Tak guna melarang jika anda sendiri mengamalkan. Jangan jadi MUNAFIK !!!

Ermm.. Kita sambung lagi cerita... Apabila saudara Affandi mengundur diri dan berhijrah ke Shah Alam, kepimpinan Kelab Peers diambil alih oleh saudara ABU SOPIAN. Bukan mudah untuk Abu menggalas bebanan Peers di bahunya. Untuk mengembalikan kegemilangan Peers adalah suatu tugas yang sukar dan bukan sekejap masa diperlukan. Kelab Peers terpaksa mendaki kembali dari bawah bagi menuju puncak yang pernah dicapai suatu ketika dulu. namun itu bukan halangan. Ya, kelab Peers mula mendaki dan mencantas siapa sahaja yang menjadi beban. Nasib baik la kelab masih lagi memiliki ahli yang setia berkhidmat. Biarpun sikit tenaga yang tinggal, namun tenaga itulah yang diperlukan untuk bangkit kembali. Terima kasih kerana anda bersama Peers.

Kelab Peers tidak lagi boleh mengharap pada PMMDS. Dengan itu, berasaskan perbincangan dengan penasihat dan dengan saranan dari UiTM Shah Alam... Kelab Peers kini berubah menjadi BADAN PEER KAUNSELOR (PEERs) dengan mensasarkan penyertaan keahlian secara terbuka kepada semua pelajar UiTM Sabah. Ini bermakna, PEERs telah bercerai kasih dengan PMMDS bagi memberi peluang kepada yang benar2 mahu menyumbang kepada kelab dan UiTM. So, siapa yang benar2 mahu menyumbang kepada UiTM dan ingin mengasah bakat kepimpinan serta menjadi role model kepada pelajar2 lain, join la PEERs yang sekarang ini dipimpin oleh Mr. Presiden saudara IRVING ~

InsyaALLAH PEERs cuba menjejak kembali bekas2 pemimpin2 pelajar dan bekas2 PM UiTM Sabah agar dapat sama menyumbang kepada PEERs khasnya dan UiTM Sabah amnya sebagai Alumni PEERs. Ada jg la kan perancangan nak libatkan Alumni PEERs dalam aktiviti PEERs akan datang. Tengok la macam mana nanti. Terpulang kepada pengurusan sekarang la kan.hehehe. AKu doakan yang terbaik buat PEERs UiTM Sabah.
ALL D' BEST

4 comments:

Nurul Afifah said...

nice :)

Anonymous said...

masa kamu dulu pun sama gak sy rasa.... xda pun pm tolong sy except Abg Firman..sory ya...just nak beritahu.. n PM dulu x pernah approch kami....masa MDS ja..pastu... Hal kami, hal kami..hal kamu...hal kamu...... n sy rasa bukan smua pun nak kejar POPULARITI n KOLEJ..cuz ada gak PM yg x dpt hostel...tp nak jugak jadi PM.... erm..kamu kan lectrr..so harap faham perasaan seorang student.... n bukan semua nak ambik populariti..cuz x popular pun jadi PM ni. yang penting..nak bimbing2 adik2 n tolong diorang kalau ada nak tanya....sekian

Anonymous said...

btw nice post... peers pun best.... puan hayat the best....n MT2 peers juga.. n u pun ok masa MDS...n psl Mau populaity or x..ikut nawaitu..masa sy join MDS, sy rasa sy ingin berkhidmat..n xda niat pun untuk dapat kolej or populariti..... niat tu , FI SABILILLAH..kerana ALLAH...... nanti akan d tuntut kan d akhirat..... myb kamu bukan PM dah kan..so itu yang buat kamu rasa begitu..... ---- Insan sepi

Syafiq SQWF said...

nice, share... situasi yg hampir sama di UiTM Kedah, rentetan sejarah pown lebih kurang, yg mana PEERS anggotanya terdiri dari PMMS dan PMDS, dan presiden pertamanya dari MPP dan AJK-nya terdiri daripada high council JPK dan Kelab2 Fakulti..

Masalahnya pown sama, PEERS UiTM Kedah pun hebat dilanda isu dalaman bila senior2 masing2 grad dan tidak meninggalkan pelapis... kalo ada yg pelapis pwon semua ditolak tepi oleh majoriti ahli2 baru... dan masalah lagi teruk bila sistem DIPLOMA & DEGREE dilaksanakan...

Apa pown doakan terbaik sahaja untuk kelab PEERS UiTM ini terus wjd..