Kehidupan Selepas

Monday, January 3, 2011

1st of ALL, jangan salah intepretasi tajuk entry aku kali ni. 'Kehidupan selepas' bukan bermakna kehidupan selepas mati pula... tapi kali ni, aku ingin berkongsi tentang kehidupan aku selepas tamat pengajian dari UiTM. Rasanya sudah hampir dua bulan aku tamat dan selama hampir dua bulan tu la aku asyik berlegar di sekitar bumi Kota Bharu ni tanpa tujuan yang pasti. Tak tahu nak buat apa sambil tunggu majlis konvokesyen ni yang dijadualkan pada bulan Mei.

Orang ada tanya, apa perancangan aku selepas ni? Ada yang menyarankan aku lanjutkan pengajian ke peringkat Master dan ada juga yang suruh aku cari kerja dan tak kurang juga yang suruh aku lepak sampai mati..hahaha. Sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (K) Ekonomi Perniagaan, aku masih lagi mencari halatuju selepas ini. Nama ja ada ijazah, tapi bukan mudah untuk survive dalam dunia penuh mencabar ni, tapi tak la juga susah kalau kita ada azam dan usaha kan?
Semalam, buat pertama kalinya selepas aku pulang dari Sabah, aku keluar melepak paling lama iaitu dari jam 6.15 petang sampai la jam 3 pagi non stop. Itu pun sebab ada kawan aku yang kebetulan sedang bercuti. So, dapat juga la aku jalan2 sambil cuci mata dan hati..cuci hati kunun..hehe. Alkisahnya sahabat aku ni telahpun bekerja dan ini membuatkan aku berangan-angan seandainya aku telah bekerja. Mesti best kan..? Maklum la kan kawan sorang ni dah kerja, so banyaklah cerita dia berkisar tentang kerja dia. Siap bagi tips temuduga dan hadapi suasana bekerja. Dan sebagai rakan, aku terus save apa yang diperkatakannya. Mana la tau kot2 berguna di kemudian hari kan...

Masing2 lain rezeki yang ditetapkan oleh ALLAH SWT... Mungkin lain perancanganNYA untuk aku sebab aku tiada lagi 'mood' nak bekerja sebab aku lebih ke arah ingin melanjutkan pengajian. Tapi sebelum aku sambung belajar tu, mungkin bagus aku bekerja dulu sekejap kan?..mungkin sekadar menambah pengalaman hidup. Ah.. Apa2 je la ~

0 comments: