Juara Lagu ke-25

Saturday, January 8, 2011


Kali ni aku buat kelainan kerana buat pertama kalinya aku ingin bercerita tentang hiburan. Maklum la kan, selama ni asyik dok cerita pasal politik dan pasal aku jer. Jadi kali ini aku nak kongsi tentang JUARA LAGU ke-25 yang bakal berlangsung pada malam ini di BUKIT JALIL dan seperti biasa akan dipancarkan secara langsung melalui TV3. Malam ni aku akan turut  sama memeriahkannya, tapi di rumah je la sama2 menonton di kaca tv...hehe. Sebelum bercerita, jom lihat finalis yang bertanding malam ini.

Senarai Penuh Finalis AJL25:
  1. Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
  2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
  3. Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
  4. Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
  5. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
  6. Cinta Sempurna – Yuna
  7. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
  8. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
  9. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
  10. Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
  11. Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
  12. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
  13. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
  14. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Untuk malam ini, favourite aku untuk diangkat sebagai Juara Lagu ialah 'Selamat Malam' nyanyian Faizal Tahir, 'DramaKing' dendangan Black & MEET UNCLE HUSSAIN (MUH), 'Ku Ada Kamu' alunan Adira dan 'Pelita' yang dinyanyikan oleh A.P.I . . Banyak betul pilihan aku kan?, bagus aku pilih semua.hahaha. Nasib baik bukan aku yang jadi juri ~ Tapi yang banyak tu aku paling suka lagu 'DramaKing' sebab liriknya tu meyakinkan hati betul. Kalau tak percaya, cuba lihat klip video di bawah ni. NGAM KA?


Hahaha..Oooppss..termasuk politik lak.hehe~

Ok la, kembali ke tajuk utama... Untuk kategori vokal terbaik, aku dapat rasa persaingan sengit antara BLACK, YUNAFAIZAL TAHIR... Persembahan pula dah confirm akan jadi rebutan antara STACY dan FAIZAL TAHIR sebab aku dengar diorang dua ni yang banyak gimik persembahan. Ya atau Tidak, kita tengok je la malam ni macam mana.

TAPI jangan pula kita ketepikan artis lain yang turut bertanding. Mana la taw kan ada kezutan malam ni. Tak mustahil c pemilik baju kurung, ANA RAFFALI ada tempat malam ni dan tak mustahil juga HUJAN atau BUNKFACE merebut persembahan terbaik dan jangann la kita lupakan yang HAFIZ, TOMOK dan SHAHIR pun turut bertanding. Rezeki siapa malam ini, kena la kita tunggu. So, jangan lupa malam ni jam 9 malam hanya di TV3

0 comments: