Selamat Tahun Baharu 2011

Thursday, December 30, 2010


Sedar atau tidak, esok sudah merupakan tahun baharu 2011 dan bermakana hari ini merupakan hari dan Jumaat yang terakhir bagi tahun 2010. Kalau diikutkan, dalam entry kali ni aku mau recap balik apa perkara2 penting yang pernah berlaku dalam hidup aku sepanjang 2010...tapi malas la pula buat panjang2. So malas la nak buat imbasan peristiwa macam dalam akhbar2 atau blog2 yang sewaktu dengannya. Lagipun siapa yang peduli kan?.hahaha. Cukuplah sekadar aku coretkan apa yang perlu sahaja.Cuma ada 3 perkara penting berlaku kepadaku dalam tahun 2010. 


PERTAMA: Aku kembali menjadi PM dalam MDS setelah 2 tahun 'bersara'. Tapi freshie hampeh la plak. BEBAL and BIKIN PANAS. Memang sial la freshie aku kali ni.

KEDUA: Aku akhirnya tamat daripada UiTM Sabah setelah 5 tahun menjadi warganya. Segala kenangan kekal menjadi ingatan. Sebenarnya aku rindu betul ngan UiTM Sabah dan warganya.. Moga aku dapat ke sana lagi biarpun sebentar.

KETIGA: Aku beroleh CINTA baharu !!! Hubungan yang paling penuh dengan dugaan dan cabaran bagi aku. Sampai sekarang ia masih menjadi cabaran. Entah sampai bila mampu bertahan..namun ku harap, ia kekal sampai syurga.

Mungkin ada banyak lagi peristiwa yang berlaku sepanjang 2010. Namun biarlah ku simpan buat kenangan mahupun igauan. Dosa2 yang aku terlanjur aku lakukan, aku mohon TAUBAT kepada ALLAH SWT. Salahku pada manusia sejagat, aku mohon ampun dan minta dihalalkan segalanya.

Moga 2011 membuka lembaran baru buatku dalam segala urusan. Tanganku tadah, doaku pohon:


Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.

Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. 

AMIN YA RABBAL "ALAMIN


Buat semua... SELAMAT TAHUN BAHARU 2011. Jadikan 2010 sebagai panduan dan nikmatilah 2011 sebagai sebuah perjalanan.

0 comments: