THE RED WARRIORS JUARA PIALA MALAYSIA 2010

Sunday, October 31, 2010


petikan muka hadapan Utusan Malaysia (31/10/2010)



KELANTAN melakar sejarah lagi semalam apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, pasukan bola sepak Kelantan yang mendapat jolokan 'The Red Warriors' berjaya menjulang Piala Malaysia. Piala bola sepak negara yang menjadi lambang keunggulan pasukan yang bertanding.... TAHNIAH buat Kelantan !!!!

Siapa sangka setelah pelbagai tohmahan dan penghinaan diterima oleh pasukan bola sepak Kelantan, mereka berjaya buktikan bahawa mereka layak digelar yang terbaik. Jika tahun lepas, Kelantan tewas di pentas final oleh lawan yang sama, kali ni, pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang berjaya menebus kembali maruah yang hilang tahun lepas.

Jika disoroti kembali, kejayaan kali ini amat bermakna. Di saat pihak lain menempelak sagala usaha mereka...malah dicop bahawa Kelantan melahirkan pemain dan penyokong yang ganas...., Kelantan bangkit menebus dan membalas penghinaan tersebut dengan sebuah kejayaan. Kita boleh katakan yang pasukan bola sepak Kelantan mula meningkat sejak 3 tahun lepas iaitu sejak Tan Sri Annuar Musa mengambil alih teraju kepimpinan KAFA. Bertitik tolak dari itu, Kelantan tidak lagi menoleh ke belakang. Didaki satu persatu tangga hinggalah sampai ke kemuncaknya semalam apabila Piala Malaysia berjaya dibawa pulang ke Kota Bharu.

Aku pun bangga juga la sebab aku kan rakyat Kelantan walaupun jauh belajar di negeri orang..hehehe.. Biarlah orang nak cakap kami ni ganas ka, pengganas ka... janji kami menang.. NAH!! APA LAGI KORANG BOLEH CAKAP?? Sebenarnya kami ni x ganas, itu cuma semangat yang ingin kami tunjukkan.hahaha. Xla bereti aku bersetuju setiap keganasan yang berlaku, tapi agak2 la kan.. Kami ni pantang dicabar!!! Hahahaha... GOMO KLATE GOMO !!!

0 comments: