Semangat Mahasiswa

Friday, June 11, 2010

Tak tahu la kenapa 2 3 hari ni aku asyik dok pikir pasal isu mahasiswa hari ni. Aku pun bingung kenapa la benda tu menyerang otak aku ni. So, untuk kurangkan beban fikiran aku, baik aku luah kat dalam blog ni apa yang selama ni aku pikir.~

Sedar atau tidak mahasiswa sekarang ni makin kureng semangtnya n makin lesu dah aku nampak. Tak macam dulu2 punya mahasiswa yang sentiasa lantang bersuara dan suara mereka sering didengar. Silap2 geng2 mahasiswa ni boleh menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan tu. Begitu la kuatnya mahasiswa dulu. Bukan niat aku nak bangkitkan semangat mahasiswa sepertimana tahun 1974 dan 1976 di mana mahasiswa menjadi petualang kepada keamanan negara. Tapi aku agak confuse sikit kenapa la mahasiswa sekarang ni lembik dan tak bermaya.

Mungkinkah kerana sekarang mereka yang pegang kuasa telah kemaruk kuasa sehingga gagal memainkan peranan sebenar dalam membela mahsiswa? Ataupun mahasiswa sekarang telah menjadi dayus kerana membiarkan pihak2 universiti mengongkong dan mahasiswa ibarat lembu yang dicucuk hidung...?? Aku bukan apa, setakat yang aku tengok la kan mengambil kira tempat aku belajar sekarang (xnak kc taw di mana walaupun nyata), mahasiswa ni kerjanya belajar, p kelas, balik kelas, makan, main facebook, tidur n bla bla bla... Begitu la hidup mahasiswa sekarang. Sandiknya~~

Mahasiswa sekarang juga perangainya ialah, menunggu kerja n menanti program tanpa ada usaha nak rancang. Yang diorang tau, kalau ada program, kita join, kalau xda, kita xyah la bt pape.huhfh. Itu la mahasiswa sekarang. Tapi nak salahkan diorang pun xleh gak sebab bila diorang semangat, ada pla pihak2 yang halang. Aku pun tak paham knapa mau halang sebab bukan melanggar peraturan pun program diorg. lagipun diorang ada hak...tetapi sengaja dinafikan hak tu. Haaaa... di sini la letaknya kekuatan mahasiswa kerana diorang boleh bertekak menuntut hak tersebut. Yang menjadi masalahnya, berani kah mereka? Berani kah insan bergelar mahasiswa??

Pemimpin pelajar pun dua kali lima juga la sekarang ni aku tengok. Jangan terasa lak ye kawan2.hehehe. Diorang sendiri tak berani nak 'melawan' pengurusan demi students yang mereka wakili. Jadi jgn la salahkan students lak kalau diorang x turun mengundi. Buat apa juga mengundi kalau akhirnya tiada yang mewakili suara mereka. Kan??

Sampai bila mahasiswa kita nak macam ni? Negara perlukan mahasiswa yang berkualiti, yang bisa bersuara demi kepentingan umum dan bukan sekadar bercakap lantang waktu pertandingan debat je... Mungkin sekarang adalah 'zaman kematian' mahasiswa. So, kita perlu bangkit kembali kerana negara perlukan kita. Di universiti la kita menuntut ilmu di samping mengasah paradigma mahasiswa berintegriti. Tak perlu jadi seperti mahasiswa di luar negara yang sering merusuh, tapi cukup la sekadar berani menegakkan hak kita sebagai seorang mahasiswa.

~ Gunakan diplomasi bukan demonstrasi (kadang2 tu bleh kot..tgk acara la gak)
~ Gunakan akal bukan emosi

TRANSFORMASI DEMI SATU REVOLUSI ~~

0 comments: