BBQ @ Kolej

Thursday, June 17, 2010

Semalam tanpa diduga, Hafifie, aku & SKP Kolej Cluster telah mengadakan BBQ. Pada mulanya, kami rancang nak buat hari Sabtu malam, tapi oleh kerana 'penasihat" iaitu En Kaffali ingin pulang ke Beluran pada hari tersebut, so kami dengan tiba2 dapat idea nak buat BBQ pada hari Khamis iaitu semalam la. Jadi kelam kabut la kami discuss dan tengahari tu time lunch hour, aku bersama Laila dan Hafifi telah bergerak menuju ke Indah Permai untuk membeli barang2 BBQ. Apa jak yang terlintas dalam fikiran, kami beli.hehe.

Habis je beli barang, kami pulang ke UiTM. Kerana kami beli ayam bulat, so kami sendiri la kena potong ayam tu. Dengan semangat yang ada, tugas memotong ayam digalas oleh aku yang jarang2 benar memasak.hahaha. Tapi nasib baik la dulu ada jugak aku belajar potong ayam ni, jadi tau juga la macam mana nak potong ayam tu walaupun macam tak jadi.hehehe, Tugas perap ayam pula diberikan kepada Hafifie. Dengan dibantu oleh aku, kami buat la perap ayam tu. Semua la kami campur, pantang nampak barang yang ada di dapur, semua kami rembat kasi masuk dalam perapan tu. Oh ya, segala kerja2 ini dilakukan di dapur rumah En. Kaffali.

Selesai perap-memerap ni, kami pun rest la sementara menunggu malamnya untuk bakar ayam lak. Lewat petang tu, Abu dan ntah la siapa, telah ringan tulang untuk membawa tempat BBQ dari Cluster A ke Cluster B. Tq yer Abu ~ Di kala malam menjelma, Rahmat n Arnin pula datang untuk menghidupkan api. Aku try gak la, tapi gagal. Nasib diorang cekap menghidupkan api tu. Kalau tak, trpaksa la bakar guna lighter jer.hahaha.

Sementara geng2 lain bakar ayam, Aku n Hafifi sekali lagi menjalankan tugas 'bidan terjun' memasak mee goreng. Kami pun gunakan kepakaran kami yang dibantu Laila untuk goreng mee. Walaupun huru-hara tu dapur, berjaya jugak la kami goreng mee yang menjadi idaman Malaya.hahahaha. Sedap jugak la bagi kami yang tak berapa nak pandai masak ni. Akhirnya tukang masak sebenar tiba setelah siap mee digoreng, Erm... apa bleh buat. Jem kot jalan.hehehe.

Dalam 'kemeriahan' menggoreng dan membakar pada malam tu, En Kaffali telah mendapat berita yang pakciknya meninggal dunia. Terkejut jugak la aku sebab sehari sebelum tu, ada juga aku ikut En Kaffali p melawat pakciknya tu. Tak sangka pula sehari selepas tu, dapat berita dia dah meninggal. Ia membuat kita sedar yang ALLAH itu berkuasa menghidup dan mematikan hambaNYA pada bila2 masa sahaja tanpa kita duga. Al-fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga En Kaffali. Jadi, malam tersebut, x dapat la En Kaffali join BBQ. ~ ~

Bila semua dah selesai, 'makan time' . . . Bertempat di dalam pejabat kolej, kami disertai Ibu dan Ingah telah menjamu selera, memakan apa yang kami masak. Walaupun agak hangus ayam tu diorang bakar, tapi tetap jugak la habis dimakan semuanya. Masing2 gembira dan kenyang pada malam tu. Bukan selalu buat BBQ ni kan. After this kami rancang nak buat lagi BBQ (BBQ Siri II). So tunggu je la bila next BBQ. TUNGGUUUU ~


Tahniah kepada Hafifi selaku ketua projek BBQ Siri I dan Laila sebagai Bendahari. Terima kasih juga kepada yang membantu dan yang datang. Tak lupa juga penghargaan kepada En Kaffali kerana membenarkan dapurnya digunakan.. TQ ALL!!!

0 comments: