Gong Xi Fa Cai

Thursday, February 3, 2011

Dunia kini menyaksikan kebangkitan terbesar rakyat Mesir menentang pemerintahan kuku besi Presiden Hosni Mubarak. Tunjuk perasaan yang dilakukan di seluruh pelusuk negara itu bukan sahaja telah menggugat keamanan di sana, tapi turut mengancam kehidupan dan keselamatan rakyat asing di negara itu khususnya rakyat Malaysia. Hari ini, kerajaan Malaysia menghantar 3 pesawat dan 1 kapal untuk mengeluarkan rakyat Malaysia yang terperangkap dek kerakusan rakyat menumbangkan pemerintah mereka.


Dikhabarkan yang diorang memberontak sebab ketidakadilan pemerintahan Mubarak yang selama ini merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat, telah gagal dalam menangani masalah ekonomi negara itu. Jika dulu dijaga dan dibelai Amerika, kini Presiden Hosni Mubarak terbiar bagai anak terbuang. Mungkin rakyat mereka telah bosan dan kerana terlampau memendam rasa marah, maka negara yang dulunya terkenal dalam melahirkan ramai ulama Islam, kini bagai kapal yang pecah dipukul ombak dan menanti saat karam dalam lautan kemarahan rakyat.

Melihatkan mereka di sana, terdetik perasaan syukur kerana aku lahir di dalam negara yang penuh aman dan damai biarpun sesekali keamanan ini cuba diragut dan digugat pihak2 tertentu. Hari ini, masyarakat kaum Cina merayakan TAHUN BAHARU mereka. Tahun Arnab yang tiba ini diharap mampu menyemarakkan lagi keamanan masyarkat 1Malaysia yang selama ini utuh disulam. Jika dikaji dan dikupas... Arnab dalam zodiak Cina menunjukkan ciri-ciri seperti rendah hati dan tidak melampau dalam setiap perlakuan disamping sifat arnab itu sendiri yang tenang, sensitif dan mudah dikawal sikap marahnya.


Bagi masyarakat Cina, tahun Arnab merupakan tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Semoga suasana diplomasi itu mampu dijelmakan oleh setiap masyarakat Malaysia . Moga2 keamanan dan kemakmuran yang kita peroleh selama ini mampu kita baja dan terus disemai agar sentiasa berkekalan hendaknya. Janganlah kita gadaikan keamanan negara kita ini hanya demi perjuangan peribadi dan kepentingan politk yang sempit.

GONG XI FA CAI

0 comments: